suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beli rumah RM150,000, nilai naik RM500,000… Awas, pindah milik kepada anak atas dasar kasih sayang ada ‘perangkap' tersembunyi

Setiap rumah yang dihadiahkan untuk anak, tetap ada implikasi cukai tersembunyi. -Gambar hiasan AI

PERNAH dengar tentang pindah milik hartanah atas dasar kasih sayang antara ahli keluarga?

Pindah milik rumah atas dasar kasih sayang ialah proses menukar nama pemilikan hartanah kepada ahli keluarga terdekat tanpa melibatkan sebarang bayaran tunai atau jual beli. 

Bagaimanapun, masih ramai yang beranggapan bahawa pindah milik tanpa bayaran atau gift antara suami isteri, ibu bapa dan anak, atau datuk nenek dengan cucu, ia tidak melibatkan sebarang urusan percukaian, termasuk pada masa akan datang.

Hakikatnya, terdapat satu perkara berkaitan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT atau RPGT) yang sering terlepas pandang dan boleh memberi kesan apabila hartanah itu dijual kelak.

Menurut perkongsian akauntan bertauliah menerusi akaun Threads aliaaakauntan, pindah milik tanpa sebarang balasan wang tetap dianggap sebagai transaksi "Pelupusan" di bawah Akta CKHT 1976.

Namun, kerajaan memberikan kelonggaran khas bagi pindah milik antara ahli keluarga terdekat, dengan syarat pemberi merupakan warganegara Malaysia.

Apa kelebihannya?

Di bawah peruntukan undang-undang tersebut, pemberi hartanah boleh menikmati layanan cukai 'Tiada Keuntungan dan Tiada Kerugian' atau No Gain No Loss. 

Ini bermaksud, tiada cukai CKHT dikenakan ke atas pemberi ketika proses pindah milik kasih sayang itu dilakukan.

 

Ini kerana menurut akauntan itu lagi, orang ramai perlu memahami bahawa kelonggaran tersebut tidak bermakna penerima hartanah akan dikecualikan daripada cukai selama-lamanya.

"Cukai ini sebenarnya hanya ditangguhkan (Tax Delayed)," tulisnya.

Ujarnya lagi, disebabkan tiada cukai dikenakan semasa proses pindah milik, penerima hartanah tidak akan memperoleh nilai kos asas baharu mengikut harga pasaran semasa.

Sebaliknya, penerima akan mewarisi sepenuhnya kos pemilikan asal hartanah daripada pemberi, termasuk kos guaman, duti setem serta perbelanjaan penambahbaikan rumah yang dibuat sebelum ini.

Kesan apabila penerima mahu menjual rumah

Keadaan ini boleh menimbulkan kekeliruan apabila penerima mahu menjual hartanah berkenaan kepada pihak ketiga pada masa hadapan.

Ini kerana keuntungan bercukai atau chargeable gain tidak dikira berdasarkan tarikh hartanah itu dipindah milik kepada penerima.

Sebaliknya, pengiraan tersebut mengambil kira kos pemerolehan asal hartanah oleh pemberi.

Sebagai contoh, sepasang suami isteri anda membeli sebuah rumah dengan harga RM150,000 pada 2010. 

Pada 2026, rumah tersebut dipindah milik kepada seorang anaknya atas dasar kasih sayang ketika nilai pasaran semasa rumah itu melonjak naik menjadi RM500,000. 

Dalam keadaan ini, kos asas hartanah yang diambil kira oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) masih berdasarkan harga pembelian asal, iaitu RM150,000, bukannya nilai pasaran semasa ketika pindah milik dilakukan.

Isu ini biasanya hanya disedari apabila penerima mahu menjual hartanah tersebut kepada pihak ketiga.

Ini kerana keuntungan bercukai tidak dikira berdasarkan nilai pasaran RM500,000 pada 2026, sebaliknya mengambil kira kos pemerolehan asal sebanyak RM150,000 pada 2010.

Sehubungan itu, akauntan terbabit menasihatkan individu atau keluarga yang ingin memindah milik rumah kepada anak atau pasangan agar menyimpan semua resit pembelian asal untuk diseahkan kepada penerima.

Ia termasuk resit invois, peguam, duti setem dan resit penambahbaikan rumah.

"Dokumen ini penentu penjimatan cukai CKHT apabila rumah dijual nanti!" ujarnya.

Artikel Lain