MERUJUK kepada artikel bertajuk "Jangan sesekali jadi pengkhianat auntie" – Puteri Balqis dedah sikap sebenar Sarimah Ibrahim yang disiarkan di portal mStar pada 19 November 2026 berdasarkan hantaran awam Puteri Balqis di platform Threads.Pihak mStar mengambil maklum bahawa tajuk serta penyampaian artikel tersebut telah menimbulkan tanggapan yang salah dan tidak adil terhadap Che Puan Sarimah Ibrahim, seolah-olah beliau telah memerli, memperlekeh atau mempermainkan kesulitan pihak lain, dan seolah-olah beliau merupakan pencetus kontroversi berkenaan. Pihak mStar mengambil maklum bahawa tanggapan tersebut adalah tidak berasas dan tidak benar. Untuk makluman, Che Puan Sarimah telah sekian lama komited sebagai seorang pejuang (advokat) kesihatan mental dan sentiasa prihatin terhadap isu kesejahteraan emosi. Setiap kenyataan beliau hanyalah bertujuan memberikan nasihat dan sokongan moral sebagai seorang anak seni senior.Che Puan Sarimah turut menegaskan bahawa beliau tidak menyimpan sebarang rasa tidak puas hati terhadap mana-mana pihak. Sebagai individu yang aktif memperjuangkan kesedaran kesihatan mental, beliau sentiasa terbuka untuk menghulurkan bantuan dan sokongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, termasuk menyarankan saluran yang tepat bagi mendapatkan khidmat terapi serta kaunseling.Sebagai tanda hormat dan rasa tanggungjawab, pihak mStar telah menurunkan artikel berkenaan daripada laman web serta semua platform media sosial kami. Pihak mStar memohon maaf kepada Che Puan Sarimah Ibrahim atas salah tanggapan dan kesulitan yang timbul dan sedia bekerjasama terhadap sebarang kenyataan penjelasan atau permohonan maaf daripada mana-mana pihak berkaitan sebaik sahaja ia dikeluarkan.Akhir sekali, pihak mStar ingin merakamkan penghargaan atas komitmen berterusan Che Puan Sarimah dan akan terus menyokong usahanya sebagai pejuang kesihatan mental dan juga penglibatan beliau dalam bidang seni.