PENUNGGANG motosikal ditahan polis selepas bertindak menumbuk seorang pejalan kaki yang didakwa mengambil masa terlalu lama untuk melintas jalan pada Sabtu.Rakaman tular memaparkan sebuah keluarga terdiri daripada tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak sedang melintas di lintasan pejalan kaki di Bangkok, Thailand Dalam rakaman tersebut, penunggang motosikal dilihat meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat merah sebelum berhenti di tengah-tengah lintasan pejalan kaki.Dia kemudian bertindak menjerit ke arah keluarga berkenaan kerana mendakwa mereka mengambil masa terlalu lama untuk melintas.Rakaman itu jelas menunjukkan lampu isyarat untuk semua kenderaan berada dalam keadaan merah, sekali gus membolehkan pejalan kaki melintas.Kae memohon maaf kepada mangsa, namun polis tetap meneruskan tindakan undang-undang ke atasnya. -Foto FacebookBapa kepada keluarga berkenaan yang kemudian dikenal pasti sebagai Samorn Khamwai, 57, berpaling lalu bertengkar dengan penunggang motosikal itu sebelum beredar, manakala ahli keluarganya menunggu berhampiran.Bagaimanapun, penunggang motosikal tersebut meninggalkan motosikal sebelum bergegas ke arah Samorn dan menumbuk mangsa dari belakang.Dia terus menyerang mangsa beberapa kali sehingga Samorn terjatuh ke tanah.Susulan kejadian, anggota polis dari Balai Polis Chok Chai menahan penunggang motosikal terbabit yang dikenal pasti sebagai Kae, 47.ARTIKEL BERKAITAN: Rider biadab cop pelanggan ‘terlalu berkira’, suruh buat sendiri air di dapur lepas tumpahkan minuman dipesanKae yang bekerja sebagai penunggang teksi motosikal mengakui perbuatannya selain memohon maaf kepada Samorn. Mangsa menerima permohonan maaf tersebut dan memaklumkan bahawa dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang lanjut.Bagaimanapun, polis tetap meneruskan kes berkenaan kerana kesalahan yang dilakukan tidak boleh diselesaikan hanya menerusi persetujuan peribadi antara kedua-dua pihak.Polis turut menyita motosikal miliknya untuk dijadikan bahan bukti. -Agensi